Mengambil Kekurangan Sebagai Pelengkap Kehidupan...


Inilah Nasihat Pepatah Lama Cina

"Seorang wanita tua cina mempunyai dua bekas pasu air, yang digantung di setiap penjuru galah yang dibawanya.

Salah satu pasu tersebut telah retak sedikit, sementara pasu yang satu lagi masih elok dan selalu dapat mengisi air dengan penuh.

Pada akhir perjalanan yang jauh dari sungai ke rumahnya, pasu yang retak tersebut hanya dapat sampai dengan separuh penuh air sahaja.

Keadaan ini berlaku setiap hari selama dua tahun. Wanita tua itu hanya dapat membawa satu setengah pasu air sahaja.

Semestinya, pasu yang sempurna tersebut sangat berbangga dengan pencapaiannya.

Disebaliknya, pasu yang retak itu sangat malu dengan ketidaksempurnaannya, dan berasa sedih kerana dia hanya mampu membawa separuh air daripada yang sepatutnya.

Setelah dua tahun berlalu dengan kepahitan dan kegagalan, pasu retak tersebut berbual dengan wanita tua itu di tepi sungai....

"Aku rasa sangat malu dengan diriku. Kerana diriku yang retak ini menyebabkan air tertumpah di sepanjang perjalanan ke rumahmu".

Wanita tua itu tersenyum, "Sedarkah kamu akan bunga-bungaan di bahagian laluan kamu, tetapi tidak di laluan pasu yang satu lagi?"

"Itu kerana aku selalu menyedari kekurangan dirimu. Oleh itu, aku telah menyemai benih-benih bunga di bahagian laluan kamu. Setiap hari apabila pulang dari sungai, tanpa kamu sedari, kamu telah menyirami benih-benih itu".

"Selama dua tahun, aku berpeluang untuk memetik bunga-bunga yang cantik ini untuk menghiasi meja di rumahku".

"Sekiranya kamu tidak menjadi dirimu sendiri, mungkin tiada keindahan sebegitu di rumahku itu".

Setiap kita mempunyai kekurangan yang tersendiri....

Tetapi, keretakan dan kekurangan kita itulah yang menjadikan perkongsian hidup kita sangat menarik dan bermanfaat.

Anda perlu menerima setiap manusia seadanya dan melihat kebaikan di dalam diri mereka.

Kepada semua sahabatku yang tercinta - yang tidak sempurna - semoga hari-hari anda ceria dan ingatlah untuk mencium haruman bebungaan di laluan anda.

Sebarkanlah mesej ini kepada sahabat-sahabat anda yang mempunyai pelbagai kekurangan...

Dan ALLAH Maha Mengetahui berapa banyak sahabat kita seperti itu.....

0 ulasan:

Catat Ulasan

Masa & Kalender

Waktu Solat

Visitor

Pengikut

Advertisment

Halwa Telinga