Mutiara


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Sekarang ini kita sedang berjalan ke destinasi yang kita sendiri pilih - syurga atau neraka. Allah menyediakan dua jalan untuk kita pilih. Terpulanglah kepada kita untuk memilih sama ada jejak ke syurga atau jejak ke neraka.

Namun begitu, Allah sudah memberitahu kita di dalam Al-Quran, tentang betapa nikmatnya kehidupan dan pengalaman manis di syurga. Begitu juga dijelaskan betapa azabnya kehidupan dan pengalaman ngeri di neraka. Nabi Muhammad saw. juga menguatkan lagi melalui hadith-hadithnya yang masih segar dibaca dan didengar hingga ke hari ini.

Sebagai makhluk yang diberikan kesempurnaan akal fikiran, manusia boleh berfikir kesan dan risiko yang bakal diterima akibat dari sesuatu tindakannya. Setiap sesuatu itu ada sebab-musababnya. Allah masukkan seseorang ke syurga kerana dalam hidupnya di dunia ini, dia memilih jalan ke syurga. Begitu juga Allah masukkan seseorang itu ke neraka kerana dalam hidupnya dia sengaja memilih jalan ke neraka. Segala-galanya terpulang kepada individu itu sahaja yang memilihnya.



• ""Kebahagiaan yang sebenar lagi utama terletak pada kemenangan dalam memerangi hawa nafsu dan menahan kehendak-kehendak yang berlebih-lebihan." Imam Al-Ghazali

• Persahabatan yang sejati akan membawa kerinduan yang abadi.

• Sesungguhnya persahabatan itu lebih unggul dari percintaan, tanpa persahabatan percintaan akan berakhir tetapi tanpa percintaan, persahabatan boleh kekal. Oleh itu hargailah persahabatan yang terjalin.

• Jadilah juara yang mengajak orang lain menjadi juara.

• Kehidupan adalah suatu giliran... antara senyum dan tangis. Air mata pula adalah masin kerana ia adalah garam penghidupan.

• Tenaga yang paling kuat di atas muka bumi adalah kasih sayang.

• Tanpa usaha angan-angan tak bermakna.

• Dalam sempit yang terhimpit, dalam mencapai yang digapai, ku melilit tak membelit, ku melangkah tak memangkah, dan dalam diam yang membingit, ku terus yakini Allah jualah pemberi rezeki.

• Sejauh mana kita pergi, sekuat mana pun kita lari, kita tidak dapat menghindar reality, dan kita akan jumpa juga diri kita sendiri.

• Orang yang rugi ialah orang yang tidak memperoleh sahabat... dan yang paling rugi ialah orang yang ditinggalkan oleh sahabat.

• Bergaul lah dengan manusia sebaiknya, sehingga kalau kamu mati mereka tangisi dan kalau hidup mereka selalu merindui kamu.

• Suatu bangsa dikenal kerana akhlaknya [budi pekerti]. Jika budi pekertinya telah runtuh, maka runtuh pulalah bangsa itu.

• Walaupun dunia berada dalam genggaman, namun akhirat tetap di hati, walau setinggi mana darjat kita di dunia ini, hati tetap menghambakan diri pada Allah yang maha kuasa, semulia mana diri kita, ke tanah jua kita akhirnya...

• Gantungkan cita-citamu setinggi langit. Sekiranya ia jatuh, ia jatuh di puncak gunung bukannya di lembah jurang.

• Tak semestinya apa yang kita lihat itu benar belaka, kadangkala pandangan mata sering menipu. Selidikilah apa yang kita lihat dan pastikanlah kebenarannya. Semoga yang setitis menjadi selautan dan kebenaran akan terserlah.

• Ilmu adalah petunjuk amal, faham adalah peti ilmu, akal adalah pemimpin bagi kebaikan, nafsu adalah kapal dosa, harta adalah laksana jubah bagi orang-orang yang sombong, dan dunia adalah pekan akhirat.

• Jadilah seperti bunga cempaka, rupanya tiada tapi wangi baunya, jangan jadi seperti bunga raya, rupanya cantik tapi tidak berbau... ..

• Dalam menuntut ilmu pula... jadilah seperti lembah, jangan sepertt gunung. Kalau kita merendah diri mudah mendapat ilmu, tapi kalau sombong... siapapun tak larat untuk mendaki...

• Gersang bumi tanpa hujan, gersang hati tanpa iman.

• Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah memudahkan baginya jalan untuk ke syurga.

• Sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah.

• Sebesar-besar ibadat ialah berfikir tentang Allah.

• Tanpa amal lunturlah iman, tanpa iman sepilah ibadat, tanpa ibadat hilanglah nur di hati, tanpa nur pudarlah akhlakmu...

• Tiada yang dapat mengubah nasibmu kecuali dengan usaha dan tawakalmu. Percaya di dalam semua pekerjaan ada kejayaan dan kegagalan. Istiqamah dalam semua pekerjaan lebih baik dari kamu hanya bersungguh-sungguh daripada tidak mendapat apa-apa.

• Sahabat mewakili suatu kekuatan.

• Yang indah itu pertemuan, yang manis itu kemesraan, yang pahit itu perpisahan, yang tinggal hanyalah kenangan.

• Hidupnya jiwa kerana ilmu, maka rebutlah ilmu. Matinya jiwa kerana kejahilan, maka jauhilah kejahilan.

• Semalam adalah kenangan, hari ini adalah kenyataan dan esok adalah harapan.

• Tanamkan usaha, siramkan doa dan tuailah kejayaan.

• Tiada kejayaan semanis madu tanpa pengorbanan sepahit hempedu.

• Setiap kegagalan pasti ada hikmahnya, jangan sedih walaupun ia pahit. Jikalau kita yakin kejayaan itu milik kita, kita mstilah berusaha untuk mencapainya.


KATA - KATA HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN

Syd. Abu Bakar rha. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4 sifat yang membinasakan, iaitu:

• Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.
• Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
• Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan
dipergunakan untuk kejahatan pula.
• Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara
berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna.

Syd. Umar Al Khattab Rha. berkata :
• Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
• Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
• Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
• Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan
dirinya akan terjaga.

Syd. Othman Ibnu Affan Rha. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:
• Hatinya selalu berniat suci
• Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
• Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
• Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
• Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia.

Syd. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
• Tiada solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyu'.
• Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada
perbuatan yang sia-sia.
• Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa mengambil
pangajaran daripadanya.
• Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
• Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-menyayangi.
• Nikmat yang paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.
• Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandasi keikhlasan.
• Barangsiapa yang banyak bicara, maka banyak pula salahnya,siapa yang banyak salahnya, maka hilanglah harga dirinya,siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak.Sedang orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Masa & Kalender

Waktu Solat

Visitor

Pengikut

Advertisment

Halwa Telinga